Monday 1 May 2017

WISEL DAUN KELAPA
Assalam dan salam sejahtera semua, saya nak kongsikan cara-cara membuat wisel tradisional yang mana menjadi salah satu permainan pada usia kanak2 dahulu.
Mesti kebanyakan daripada kamu semua tidak mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam membuat wisel yang diperbuat daripada daun kelapa.
original wisel daun kelapa

Bahan - bahan
  1. Stapler
  2. Pisau
  3. Daun kelapa yang berwarna hijau
CARA-CARA
1.       Potong daun kelapa hijau daripada pelepah kelapa menggunakan pisau (berhati2 semasa menggunakan pisau yang tajam).
2.       Pilih dan asingkan daun kelapa yang sesuai digunakan
3.       Potong hujung kedua dua belah daun kelapa
4.       Asingkan daun kelapa daripada lidi kelapa
5.       Lipat dan gulung daun kelapa kepada bentuk wisel
6.       Sambung daun kelapa sehingga mencapai saiz yang dikehendaki
7.       Ikat atau matikan hujung wisel menggunakan stapler ataupun batang lidi yang diasah tajam



pilihan daun kelapa yang terbaik
keluarkan/ asingkan daun kelapa dengan lidi kelapa

lidi kelapa yang bole digunakan untuk pengikat wisel atau penyapu lidi

Permulaan untuk menggulung wisel daun kelapa

sambungan daun kelapa untuk menambahkan saiz wisel




saiz extra large yang diingini
stapler hujung wisel untuk pastikan wisel tidak terlerai




No comments:

Post a Comment