Monday 22 May 2017

~JOM SINGGAH KE MUAR~
Sebelum ni saya dah share pasal mi bandung Muar. Sekarang ni saya nak share tentang Bandar Muar lak atau Bandar Maharani Bandar Diraja. Baru-baru ni Bandar Muar diiktifar sebagai antara 5 bandar terbersih di Malaysia.


Berita mengenai pencapaian Bandar Muar

Banyak penambahbaikkan telah dilakukan di Bandar Muar sejak kebelakangan ni. Sultan Johor sering singgah di Muar untuk bertemu dengan rakyat. Bandar Muar ingin dijadikan sebagai pusat pelancongan.

Dataran Tanjung Emas

Kebiasaaannya jika ada apa-apa event di Bandar Muar, ia akan diadakan di Dataran Tanjung Emas. Masa itu dataran ni memang sesak. Nak cari parking memang susah.

Menara Jam berhadapan Jambatan Sultan Ismail

Pemandangan senja di Bandar Muar 

Bot persiaran di persisiran sungai Muar

Anda boleh menaiki bot persiaran di persisiran sungai Muar untuk melihat Bandar Muar dari sungai. Air sungai Muar yang hijau membuatkan pemandangan bertambah cantik. Bayaran yang dikenakan pun tidaklah mahal.


Mural terbesar di Malaysia
Potret mural terbesar di Malaysia berada di Muar. Anda bolehlah bergambar disana sebagai tanda kenang kenangan di Bandar Muar.

Bandar Muar bukan sahaja mempunyai banyak makanan popular tapi tempat pelancongan juga banyak. Kalau nak singgah di Bandar Muar, bolehlah contact saya. 😁

No comments:

Post a Comment