Monday 22 May 2017

Apakah maksud mimpi anda?????

MIMPI ADALAH SATU PETANDA
Assalammualaikum, ramai antara kita yang tidak mengetahui bahawa mimpi adalah satu petanda daripada yang maha Esa sama ada baik mahupun buruk. Akan tetapi bukan semua mimpi adalah petanda bahkan ianya boleh diketegorikan sebagai mainan tidur atau mainan syaitan semata mata.

Di sini saya akan mengungkil beberapa mimpi yang mana sering dialami di kalangan kita dalam sedar mahupun tidak. Sumber tafsiran ini adalah daripada buku TAFSIR MIMPI IBNU SIRIN terjemahan oleh Dr. Adil Akhyar LL.M

mimpi semasa tidur >source google images
BERMIMPI TENTANG GIGI
Susunan gigi >source google images
Melihat gigi dalam mimpi adalah suatu petanda yang melambangkan keluarga. Setiap gigi akan mewakili ahli keluarga yang lain sebagai contoh
Bahagian gigi atas = melambangka keluarga lelaki
Bahagian gigi bawah = melambangkan keluarga perempuan
Gigi taring = melambangkan tuan ataupun pemimpin keluarga
Gigi kacip di bahagian kanan = melambangkan ayah. Di sebelah kirinya melambangkan pak cik sebelah ayah
Gigi kacip di sebelah bawah kanan = melambangkan ibu

BERMIMPI MELIHAT GIGINYA JATUH ATAUPUN HILANG
Gigi tercabut atau hilang >source google images
-Menandakan bahawa dia akan meninggal dunia ataupun kita tidak dapat bertemu dengannya lagi

BERMIMPI GIGI BERBAU BUSUK
Gigi berbau busuk > source google images
-Menandakan makna buruk daripada pujian orang lain terhadap keluarganya

BERMIMPI GIGI YANG PUTIH, PANJANG DAN CANTIK
Gigi putih dan cantik > source google images
-Menandakan peningkatan kekuatan, harta dan pangkat anggota keluarga

BERMIMPI MELONTARKAN GIGINYA DENGAN LIDAHNYA
Melontarkan gigi dengan lidahnya > source google images
-Bererti urusan dan keadaan keluarganya akan musnah hanya kerana perkataan yang dilontarkannya

Terdapat banyak mimpi yang kita tidak tahu apa maksud dan isi kandungannya. untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh bertanya kepada yang pakar tafsir mimpi dan boleh rujuk buku tafsir mimpi.

No comments:

Post a Comment