Selamat siang saya ucapkan pada Mdm Hanim and rakan rakan yang dikasihi sekalian,saya ingin mengambil peluang keemasan ini utk menerangkan mengenai salah satu perayaan yang disambut oleh kami yang berpenganut agama Hindu ,Okayy,antara perayaan yg selalu korang dgr adalah thaipusam and deepavali jer kan,sebenarnya perayaan ponggal ni pon famous gak.okayy, ap tu ponggal???Ponggal ini sebenarnya bermaksud "overflowing".So kami akn masak susu tu sampai dye melimpah keluar.
Ponggal bermaksud melimpah atau overflowing.
Perayaan ponggal sebenarnya berasal daripada south India yang sebenarnya disambut oleh petani terutamanya yang kerja kat sawah padi utk thankgiving to Sun God utk tunjuk tanda kesyukaran.Perayaan ponggal ini jugak adalah salah satu perayaan yang famous gak lah oleh kaum agama Hindu di negara kita,Okayy,perayaan ponggal terbahagi kepada tiga jenis ponggal dan disambut pada tiga hari berturutan.Hari pertama=Thai Ponggal,Hari kedua=Maadu ponggal,Hari Ketiga =Kaanum Ponggal,Sehari sebelum hari pertama,iaitu thai ponggal disambut,kami akan menyambut bhogi,iaitu satu adat yang dikekalkan sejak turun temurun dimana kami akan membakar semua pakaian,peralatan dan benda yang lama ,ini kiranya sama mcm buang suey gak la.Ini antara gambar -gambar yang diambil ketika perayaan ponggal d rumah saya.
nie adalah contoh perayaan bhogi,selalunya kanak2 atau remaja akan menari mengelilingi unggun api tu
Ini contoh thaiponggal .
ok,seperti saya terangkan tadi,thai ponggal ini disambut pada hari pertama,so awal2 pagi tu kami
akan bangun pagi dan mandi mengunakan minyak kelapa tu,then akan menghias rumah ngan batang tebu yang diletakkan di halam rumah,then mak saya akan masukkan susu dalam pot seperti di dalam gambar tu..then susu akan didihkan sampai dia melimpah dan kami akn menjerit'pongaloo ponggaalo ponggal'Ketika susu nie ngah melimpah so kaum ibu akan masukkan beras yang diharvest tu,so ini akn stop susu yang melimpah ruah tu so ketika nie ponggal akan terhasil.Mcm kalau kat umah saya,mak saya akan masukkan kismis,biji badam supaya lagi menyedapkan ponggal tu,madam cubalah try,sumpah sedap..!!
nie gambar ponggal yang mak saya buat..
Maadu ponggal.
Seterusnya maadu ponggal disambut pada hari kedua dan maadu bermaksud lembu,kiranya hari ini akn disambut special untuk warga lembu,Lembu adalah satu haiwan mulia bagi berpenganut hindu kerana kat India lembu dianggap sebagai haiwan istimewa kerana ia digunakan untuk pelbagai kegunaan,antaranya untuk pengangkutan,sebagai sumber susu dan terutamnya untuk pertanian.So hari ini kaum hindu akan menghias lemu ngan kumkum,tumeric powder dan cat tanduk dye ngan kaler2,so kalau lembu betina akn diikat ngan loceng dan bunga.Kat india antara game yang famous dimainkan menggunakan lembu adalah 'jaalikaatu' yang bermaksud menjinakkan lembu.
At last but not least,kaanum ponggal ini disambut pada hari terakhir dimana 'kaanum' bermaksud melawat,so pada hari ahli2 keluarga semua akan menziarahi satu sama lain,orang kaya akan memberi sedekah kepada orang yang miskin,dan kalau kat Malaysia kami akan pergi temple malam tu pasai selalunya akan ramai gila awek2 yang lawa akan dtg malam tu.Pada ketiga2 hari nie kami akan pakai baju2 baru dan kami akan puasa selama ketiga-tiga hari nie.Sekian saja untuk hari ini,so lepas2 korang xdelah terkebil-kebil if orang ckp hari ni hari ponggal,Jemput mai umah saya tyme ponggal,bley lah merasa ponggal dan banana leaf .bagi petani ponggal ini kira lagi special daripada deepavali.....Skian time kasih,Have anice day ahead...
Colorful festival which bring happiness & prosperity
ReplyDelete