MIMPI ADALAH SATU PETANDA
Assalammualaikum, ramai antara kita yang
tidak mengetahui bahawa mimpi adalah satu petanda daripada yang maha Esa sama
ada baik mahupun buruk. Akan tetapi bukan semua mimpi adalah petanda bahkan
ianya boleh diketegorikan sebagai mainan tidur atau mainan syaitan semata mata.
Di sini saya akan mengungkil beberapa mimpi
yang mana sering dialami di kalangan kita dalam sedar mahupun tidak. Sumber
tafsiran ini adalah daripada buku TAFSIR MIMPI IBNU SIRIN terjemahan oleh Dr.
Adil Akhyar LL.M
Melihat gigi dalam mimpi adalah suatu
petanda yang melambangkan keluarga. Setiap gigi akan mewakili ahli keluarga
yang lain sebagai contoh
Bahagian gigi atas = melambangka keluarga
lelaki
Bahagian gigi bawah = melambangkan keluarga
perempuan
Gigi taring = melambangkan tuan ataupun
pemimpin keluarga
Gigi kacip di bahagian kanan = melambangkan
ayah. Di sebelah kirinya melambangkan pak cik sebelah ayah
Gigi kacip di sebelah bawah kanan =
melambangkan ibu
-Menandakan bahawa dia akan meninggal dunia
ataupun kita tidak dapat bertemu dengannya lagi
-Menandakan makna buruk daripada pujian
orang lain terhadap keluarganya
-Menandakan peningkatan kekuatan, harta dan
pangkat anggota keluarga
BERMIMPI MELONTARKAN GIGINYA DENGAN
LIDAHNYA
Melontarkan gigi dengan lidahnya > source google images |
-Bererti urusan dan keadaan keluarganya
akan musnah hanya kerana perkataan yang dilontarkannya
Terdapat banyak mimpi yang kita tidak tahu apa maksud dan isi kandungannya. untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh bertanya kepada yang pakar tafsir mimpi dan boleh rujuk buku tafsir mimpi.
No comments:
Post a Comment