Tuesday, 14 November 2017

AYAH

AYAH

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua, hari ini saya hendak menyampaikan sebuah puisi untuk ayah. Sempena sambutan hari lahir beliau baru-baru ini.

Ayah...
Beribu kata telah kau ucapkan,
Beribu cinta telah kau berikan,
Beribu kasih telah kau curahkan,
Hanya untuk anakmu..

Ayah...
Kau ajarkan ku tentang kebaikan,
Kau tunjukkan ku tentang erti cinta,
Kau jelaskan ku tentang makna kehidupan,
Dan kau mendidik ku dengan sungguh kasih sayang..

Ayah...
Betapa mulianya hatimu,
Kau korbankan segalanya demi anakmu,
Kau banting tulang hanya untuk anakmu..

Kini ku berjanji untuk semua kerja kerasmu..
Ku berjanji untuk semua kasih sayang mu..
Dan ku berjanji untuk ketulusan hatimu..
Bahawa aku akan selalu menjagamu..
Aku akan selalu menyayangi mu sehingga ke akhir hayat ku..

Terima kasih ayah untuk semua kasih sayangmu....

Gambar yang jarang-jarang dapat diambil, semua adik-beradik berada di rumah kerana Along dan Andak bekerja di laut. 
Ayah dan emak saya bersama Thariq, anak sulung kakak saya.
Gambar ayah dengan Naufal, anak ketiga abang sulung saya.
Hana Humairah dengan atuknya...
Atuk dan nenek bersama cucu.. Hanis, Hana, Naufal & Thariq
Untuk menjadi seorang ketua keluarga bukanlah sesuatu yang senang. Banyak kemahiran yang perlu ada sebagai seorang ayah. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Pelbagai masalah harus diselesaikan. Beliau merupakan contoh terbaik yang boleh diikuti oleh anak-anak. Dengan gaji yang tak seberapa, beliau masih mampu membesarkan kami tujuh beradik. Disebalik senyuman ade kesedihan. Tahun ini merupakan tahun terakhir beliau berkhidmat sebagai seorang guru. Anak-anaknya kini sudah dewasa, tiba masa beliau untuk berehat dirumah dan bermain dengan cucu.

Sudah tiba masanya untuk anak-anak membalas budi seorang ayah. Bukan wang ringgit yang diinginkan tetapi kasih sayang dan doa yang berterusan untuk beliau.

No comments:

Post a Comment