Salam semua, harini saya ingin kongsi
bersama anda beberape tips mengenai dunia perhotelan ni. Tapi ni semua hanya
boleh digunakan di beberape hotel je (bro takkan nk apply ni kt hotel budget,
bro).
Okay la, ni kebanyakkan berlaku di hotel2
bertaraf 5 bintang ke atas, yg pertama, bile nk ‘check-in’ je, pastikan seblom
kita diberi salam, kau bagi salam kt org di ‘front office’ tu. Haa, kan dah
bagi diorg idea yg kita ni pelanggan yang baik. Dari situ, automatik diorg akan
bagi kita bilik yg ade promosi. Sebab kebanyakkan org kt ‘front office’ tu ade
2 set harga bilik. Satu yang mahal dan
satu lagi harga lepas promosi (walaupun masa tu takde promosi pun), dan
harga tu akan diberi berdasarkan macamne kita layan ‘front office’ punya staff
tu.
|
Courtesy from google |
|
Courtesy from google |
Tu masa ‘check-in’, bila dah masuk bilik,
masa tu lah kadang2 kita mengatal nk bantal lebih la, selimut lebih la, tilam
spring lebih la dan macam2 lagi. Tapi semua barang2 tu ada caj lebih, jadi
kalau nk menjimatkan duit tu, sebab bukan nak duduk hotel tu sebulan ke setahun,
kadang satu malam je, boleh ikut tips ini, tapi ni kene ada ‘sentry’ (org jaga
line lerr). Setiap tingkat hotel (yang ada bilik je), mesti ada stor yang
tertulis kt pintu, ‘PANTRY’. Haa, ni la gua harta karun yg dicari2 tu. Dalam
stor tu ade semua yang diperlukan seperti bantal, selimut, siap katil untuk
seorg yg ‘portable’ and boleh dilipat.
|
Courtesy from google |
Masa dlm bilik pulak, pastikan bawa
penhadang pintu sendiri (ala benda getah kecil yg duk sepit kat bawah pintu tu
la) sebab skrg semua hotel guna kad untuk buka atau kunci pintu bililk. Kad itu
hanya perlukan masa sebanyak 5 minit untuk disediakan. Jadi hati-hati la kalau
nak privasi (faham2 lerr).
Dalam billik tu, jangan la nak guna gelas
dalam toilet atau mana2 cawan, sbb (cite sini, habis sini la ye), ramai staf
‘house-keeper’(bukan semua) akan guna satu kain untuk lap meja atau sinki, jadi
barang2 berdekatan pun dilap sekali lerr dengan kain yang sama. Guna je air
botol mineral tu kalau dahaga macam dah lama sesat kat padang pasir tu..
Ada pulak yang jenis suka nak buka tingkap
la, kononnya nak ‘enjoy the view la, enjoy the morning breeze la’, tak payah
nak buat semua tu. Haa, sebab die, tingkap tu sejak hotel tu dibina, sampai la
sekarang, takde ‘maintenance’ yang dibuat, selain cuci (tu pun bahagian luar je).
Banyak kes, tingkap jatuh, orang jatuh pun ada sebab sandar kat situ. Jadi,
biarkan tingkap tu, nk buka langsir pun elok2 sikit, kang langsir pulak yang
tercabut…hehe
|
Courtesy from google |
Baiklah, itu sahaja la, buat masa sekarang
ni, jadi kalau nak ‘check-in’ tu, jangan la tengok hotel lawa je, pastikan
selamat dan bersih. Ape2 pun, nikmatilah percutian anda ye.. adios amigos
|
Courtesy from google |
No comments:
Post a Comment