salam semua, saya pasti dalam hidup semua orang, pasti ade sesuatu yang menjadi kesayangan mereka,tidak kira sama ada benda bernyawa, atau pun bukan. begitu juga dengan saya, dimana kesayangan saya ialah Bituu, si kucing gemok.
saya berjumpa dengan si gemok montel ini, semasa umurnya dalam 2 minggu. saya menemui dalam keadaan yang kotor dan kelaparan, kerana pada masa itu si kecil ni, telah ditinggalkan oleh ibunye. lalu saya membawanye pulang ke rumah dan jaganye sampai la ia membesar. Hampir 9 tahun bersama kami, banyak cabaran yang muncul dalam hidupnye. terlibat dengan pergaduhan dengan kucing2 lain, kena kejar sebab curi ikan, dan macam2 lagi.
meminta belas kasihan selepas kantoi mencuri ikan |
namun, apabila kami sekeluarga berpindah ke rumah baru, ia telah terserempak dengan seekor kucing yang saya panggil THE BLACKY, kerana warnanya, iaitu hitam, yang dikatakan gangster kucing di kawasan itu, fuhh sungguh dahsyat pengaruhnya itu, sampaikan anjing pun boleh dikatakan takut padanya. apabila kedua-dua kucing ini bertembung, maka berlaku la pergaduhan yang teramat hebat di abad ini. tapi disebabkan terlalu gemuk, dan tidak dapat menepis tamparan dan cakaran dari kucing itu, si gemuk ini tewas dengan Blacky. maka, baliklah ia ke rumah dengan berjalan tempang dan bercakaran di mukanya itu. tapi, itu bukan kesudahannya, ia menerima rawatan khas dari saya dan dengan dedikasi dan dendamnya terhadap kucing itu, maka pulih la si gemok ni.
semasa dalam proses rawatan..hehe |
walaupun dipanggil, ia tidak akan pandang |
si gemuk ini menunggu di hadapan rumah untuk mendapatkan peluang yang ada untuk melakukan serangan gerila terhadap Blacky, dan selepas pergaduhan yang berlaku, akhirnya tewas juga si Blacky itu dan si gemok ini dikatakan telah menjadi ayahanda kawasan itu..! namun, kerana si gemok ini telah berkecimpungan dalam bidang gangsterisme, maka banyak la juga musuhnya itu. pada suatu malam yang sunyi, ia telah dikepung oleh sekumpulan anjing jalanan yang liar, dan selepas bertungkus lumus ia berlawan untuk melepaskan diri, akhirnya ia telah menghembuskan nafas yang terakhir di situ. hampir 9 tahun berada di dalam keluarga saya, akhirnya ia pergi jua, Bituu, si gemok montel.
pantang bau makanan, mesti nak minta |